Harga.

Monitoring Check 1 5 10 15
Harga Sebulan PERCUMA

RM25

RM45

RM60

Harga Setahun (Discount 10%) PERCUMA

RM270

RM486

RM648

  Tempah Sekarang! Tempah Sekarang! Tempah Sekarang! Tempah Sekarang!

Teknikal.

  • Ping

    Ping perkhidmatan anda dari pelbagai lokasi.
  • Pemantauan port dan protokol

    Memantau semua port standard seperti HTTP, HTTPS, FTP, SMTP, POP3, SSH, telnet, dan DNS.
  • Pemantauan laman web dan respon

    Menyemak laman web atau alamat IP anda untuk ketersediaan dan respon bagi memastikan perkhidmatan anda di dalam keadaan terbaik.
  • Contoh Penyelesaian

    Zen Monitoring boleh digunakan untuk:
    • Pemantauan ketersediaan laman web
    • Pemantauan blog
    • Pemantauan portal
    • Pemantauan aplikasi web
    • Pemantauan pelayan web uptime (HTTP, HTTPS, TCP Apache, IIS)
    • Pemantauan pelayan mel (POP3, IMAP, SMTP)
    • Pemantauan pelayan nama(DNS)
    • Muat turun pelayan – FTP
    • Pemantauan TCP dan UDP
  • Pemantauan Tanpa Gangguan

    Pada masa ini kami mempunyai 5 lokasi pemantauan iaitu di Malaysia, Jepun, Amerika Syarikat , Singapura dan Australia. Anda boleh mendapatkan hasil pemantauan dari pelbagai lokasi dan yang terbaik. Walaupun sekiranya salah satu daripada pelayan pemantauan tidak berfungsi disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan, fungsi pemantauan anda akan terus berjalan seperti biasa tanpa henti.
  • Pemantauan Berpusat

    Zen Monitoring tidak mempunyai sempadan untuk memantau semua perkhidmatan anda selagi ianya mempunyai hubungan internet.

Gambaran Keseluruhan.

Zen Monitoring menyediakan penyelesaian pemantauan yang konsisten dan elastik yang boleh sedia digunakan dalam tempoh beberapa minit. Anda tidak lagi perlu untuk menubuhkan, menguruskan atau membesar atau mengecilkan infrastruktur dan skala sistem pemantauan anda sendiri. Dengan Zen Monitoring, anda boleh dengan mudah memantau sebanyak mana data metrik yang anda perlukan. Ia membolehkan anda secara program mengambil data pemantauan anda, melihat graf dan menetapkan penggera untuk membantu anda menyelesaikan masalah, mengenal pasti trend dan mengambil tindakan secara automatik berdasarkan keadaan persekitaran cloud anda.

Konsisten

Apabila pelayan anda tidak beroperasi, integrasi syarikat anda berada di dalam keadaan berisiko. Kehadiran anda di dalam talian, tidak kira apa jua industri anda berada, adalah sangat penting pada hari ini kerana ia membolehkan pelanggan anda mencari anda. Anggaplah ia seperti kedai fizikal dan pelayan pemantauan anda akan memaklumkan mengenai status kedai anda. Jika ia rosak atau mengalami masalah, anda akan dimaklumkan dengan serta-merta dan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut boleh dibuat dengan kadar segera.

Sentiasa Berwaspada

Dengan adanya sistem pemantauan, anda boleh menjimatkan masa anda pada kerja-kerja pemantauan yang tidak produktif tetapi perlu. Pilihan untuk menerima pemberitahuan melalui e-mel atau twitter boleh membantu anda untuk menguruskan beberapa titik hubungan pada masa yang sama dan tempoh untuk menyelesaikan masalah tersebut juga boleh dipercepatkan lagi kerana pemberitahuan dibuat pada masa sebenar. Jadi ia membolehkan anda untuk bertindak segera dalam menyelesaikan isu-isu yang timbul.

Tiada Penyelenggaraan

Dengan lokasi pelayan yang berada di beberapa lokasi (pelayan antarabangsa) dan disokong oleh rangkaian paling pantas, penggunaan Zen Monitoring adalah amat mudah, semudah 1 2 3. Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk menambah pilihan pemantauan anda dan serahkan semua kepada kami. Kami menyediakan anda platform dan anda tidak perlu bimbang bagaimana kami melakukannya!